KK CITY TOUR CUSTOMER FROM BRUNEI
Hari ni kami dapat perkhidmatan sewa van bersama pemandu, pelanggan dari Negara Brunei. Pelanggan datang bersama keluarga dan menginap di The Clagan hotel.

Trip Pertama kami seawal jam8.00pagi, kami bawa pelanngan melawat Rumah Terbalik yang jauhnya kira-kira 34 kilometer dari Klagan Hotel yanga mana memakan masa sekitar 47 minit sahaja perjalanan untuk sampai ke sana sambil menikmati pemandangan sekitar kota kinabalu sepanjang perjalanan..

Besiap sedia untuk lawatan dan bawa bekalan makanan ringan untuk dimakan dalam kereta hehe ?

Yeeh.. Kami da sampai Rumah Terbalik … Harga tiket masuk untuk rumah terbalik Dewasa RM12 dan kanak-kanak RM6 bagi bukan warganegara Malaysia. Masa operasi adalah 7.00 pagi hingga 7.00 petang dan anda boleh beli tiket di kuanter ya..

Ruang menunggu yang selesa dan berbumbung sebelum masuk ke dalam untuk pelawat kerana pada masa ini kami terpaksa Q untuk masuk.. Ramai sangat bos.. Hehe

kami sempat bergambar bersama sebelum masuk ke ruang Rumah Terbalik.

Pemandu serta tour guide kami yang mahir dalam selok belok jalan di kawasan kota kinabalu. Tanya je apa yang anda nak tahu pasti mereka boleh jawab..hehe

Seterusnya kami melawat Taman Buaya Tuaran jarak dari Rumah Terbalik sekitar 17kilometer mengambil masa perjalanan sekitar 17minit sahaja..

Seterusnya kami ke Cowboy Town tuaran untuk menaiki kuda tapi sayang kami tidak sempat naik kuda sebab masa rehat dan jam2 baru boleh beli tiket untuk naik kuda..

Sebelum masuk anda perlulah beli tiket masuk ya, harga tiket masuk untuk Dewasa RM20 dan Kanak-kanak RM10 (bukan warganegara malaysia)
Tempat ini juga ada Bakau Park. Kawasan paya bakau ini ada platform kayu untuk anda masuk dan ambil angin dalam kawasan Sabandar ini. Untuk mereka yang nak buat benda lebih (naik kayak, tengok kelip-kelip) anda boleh buat appointment dengan pihak Sabandar Cowboy Town ya..

wah… Da tengahari bosss… Perut lapar.. So kami singgah makan tengahari di Cowboy Town Restaurant sebelum meneruskan lawatan..

Nah… Sampai sudah oder kami.. Semua makanan sedap² tau.. Service pun mantul bossku ? yang belum pernah datang ke sini boleh la datang cuba masakan diorang.. Memang berbaloi..

selesai makan, kami teruskan lawatan ke Akuarium and Muzium Marin UMS. Anda boleh masuk dan mengambil gambar dalam muzium marin sebagai kenang-kenagan sebelum balik. Harga tiket masuk untuk Dewasa RM20 dan kanak-kanak RM10 (bukan warganegara).

okey… Lepas ums kami ke Muzium Sabah dulu..kami baru sampai..nampak tu kereta baru je paking diorg da turun nak begambar depan muzium Sabah..hehe Pic dibawah ya..

1 family kan.. Na gambar kenang kenangan di muzium Sabah sebelum pulang ke brunei.. Harga tiket masuk Dewasa RM15 dan kanak kanak RM15 (bukan waeganegara malaysia).

sempat lagi ambil gambar personal sebagai tanda da sampai ke muzium sabah.. Cuaca cerah dan panas sepanjang hari.
Tahukah anda Muzium di Kota Kinabalu ini adalah antara muzium paling unik di Malaysia kerana ia bukan sahaja memuatkan artifak bersejarah tetapi juga zoo mini, kampung budaya dan taman herba dalam satu kompleks.
Terletak kira-kira 15 minit dari pusat bandar Kota Kinabalu, anda bakal melihat koleksi senjata, ukiran, binaan rumah panjang, alat muzik tradisional dan barangan seramik di dalam lawatan anda di kompleks seluas 43 ekar ini. Wow…

Lepas tu kami melawat dan sibga solat dj Masjid Negeri Sabah yanf hampir dengan muzium sabah jarak perjalanan sekitar 1.6kilometer dan mengambil masa perjalanan hanya 7 minit saja..dekat kan?

Sedikit maklumat untuk anda ketahui tentang Masjid Negeri Sabah… Pembinaan bermula pada tahun 1970 dan siap pada tahun 1975.

Reka bentuk seni bina adalah oleh Arkitek Jurubina Bertiga, yang diketuai oleh Dato Baharuddin Abu Kassim.

Masjid ini dibuka secara rasmi pada 28 Jun 1977 oleh Yang di-Pertuan Agong keenam, Sultan Yahya Petra dari Kelantan.

Seterusnya kami ke Menara Signal Hill untuk meninjau dan melihat pemandangan sekitar kota kinabalu

Walaupun boleh diakses dari pukul 8 pagi lagi, tapi seperti biasa, layan pemandangan bandar masa senja atau malam ialah masa paling cantik di sini.

Bentuk menara tinjau ini pun special — sebab dibuat semacam kapal UFO.
Apa yang boleh anda nampak di sini? Walaupun ini tempat tertinggi di bandar Kota Kinabalu, pemandangan laut di tepi bandar KK terbatas disebabkan bangunan-bangunan bandar ini.

Kalau anda datang siang, pemandangannya biasa-biasa saja. Lagipun pemandangan laut dari menara tinjau Bukit Bendera ini pun terhad.

Selesai lawatan Pakej Tour City Kota Kinabalu.. Pemandu Van kami tiba ke Clagan hotel sekitar jam 6.00 petang untuk pelabggan berehat setelah seharian melawat tempat tempat mebarik di sekitar kota kinabalu..
Sekiranya anda ingin melancong di sekitar kota kinabalu dan tak nak pening kepala jadi diver,cari paking…isi minyak kereta…dan mencari lokasi yg menarik untuk dilawati..
Kami adalah pilihan anda… Ssbarang petanyaan atau tempahan boleh hubjngi kami:
Call: +60195594009
WhtsApp: www.wasap.my/60195594009
Email: grendlinetravelkk@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/grendlinecarrentalkk
Insta: keretasewakotakinabalu_0195594009
Website: https://www.grendlinetravel.com