RENTAL AGREEMENT FORM
Untuk pelanggan kami yang ingin menggunakan perkhidmatan kereta sewa Grendline Travel di kota kinabalu. Anda perlu mengisi dan menandatangai surat perjanjian sewa dengan kami.
Kandungan muka depan dalam Rental Agreement kami hanya maklumat penyewa serta butir-butir kenderaan yanga anda sewa. Kami mengharapkan anda membaca dengan teliti sebelum mengisi atau menandatangai Rental Agreement.
Setelah anda selesai mengisi maklumat penyewa anda seterusnya wajib membaca dan memahami segala terma dan syarat kami kenakan semasa sewaan kereta.
Namun, ada segelintir penyewa yang tidak membaca dan memahami perjanjian sewa tersebut dan akibatnya penyewa melanggar perjanjian terma dan syarat yang ditetapkan.
Contoh yang paling mudah yang terkandung di dalam perjanjian sewa kereta dengan kami anda dilarang merokok di dalam kenderaan dan kami telah melekatkan stiker DI LARANG MEROKOK namun tabiat merokok bukannya mudah untuk di kawal.
Untuk makluman anda denda sebanyak RM300.00 akan dikenakan sekiranya anda merokok dalam kenderaan kami. Sekiranya anda ingkar dan tidak membayar kompaun tersebut laporan polis akan dibuat dan tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap anda.
Ini bagi memastikan kereta kami bebas asap rokok dan bersih sebelum diserahkan kepada penyewa seterusnya kerana mejoriti penyewa kami tidak merokok dan mengamalkan kebersihan.
Kesimpulannya, kami berharap sebelum anda mengisi borang tempahan sila baca dan fahami semua terma dan syarat kami agar anda tidak dikompaun.
Terima kasih.